AL-QURAN2565209760_9cb3907df2

Orang kita kata
Kalau dah ada rezeki baru kahwin,
Tapi orang Islam kata
Nak tambah rezeki kena kahwin

Orang kita kata
Nak senang kena banyak simpan duit,
Tapi orang Islam kata
Nak senang kena banyak sedekah

Orang kita kata
Dah kaya baru bantu orang miskin,
Tapi orang Islam kata
Kalau nak kaya, bantu orang miskin

Orang kita kata
Makan sampai kenyang,
Tapi orang Islam kata
Berhenti sebelum kenyang

Orang kita kata
Sakit itu bala
Tapi orang Islam kata
Sakit itu penghapus dosa

Inilah keindahan Islam
Yang sentiasa positif,
Bukan sekadar yakin
Bertindak tanpa motif

Advertisements